Sunday, 18 October 2015

KUMPULAN 5












AMIRA SYAKIRA BINTI CHE MUSTAPHA 
(23DRM15F1021)

ZULAITULAILI BINTI SAMSUDIN
(23DRM15F1032)

NORUSAIDA BINTI MOHD RUSDI
(23DRM15F1031)

'MEREKA YANG MELUPAKAN SEJARAH PASTI AKAN MENGULANGINYA'




Setiap rakyat yang cintakan negaranya pasti berfikir dan merenung perjuangan yang telah kita lalui sepanjang melalui kemerdekaan ini. Untuk mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 negara kita melalui pelbagai pahit getir dengan perjuangan para pejuang yang mencetuskan kemerdekaan negara. Patriotisme adalah perjuangan yang menjiwai kepada kepentingan bangsa dan negara. Usaha mengekalkan semangat juang yang tinggi, mendaulatkan kedudukan, status serta pengaruh bangsa dan negara seharusnya dimulakan di peringkat sekolah rendah dan menengah. Dalam menghadapi cabaran era globalisasi kini, nikmat kemerdekaan perlu dijadikan sebagai salah satu penanda aras untuk memacu negara ke arah kegemilangan.



Tuesday, 1 September 2015

TUMPAHNYA DARAHKU ^_^

Nama kumpulan ;
Amira syakira
Zulaitulaili
Norusaida 
   
    

                              Tahukah anda bahawa anak kecil zaman sekarang sangat bangga mengibarkan jalur gemilang dengan rasa sangat tinggi nilai Patriotik dalam diri mereka walaupun mereka masih tidak mengenal apa itu ertinya MERDEKAA~~.Justeru itu ,kita sebagai perjuang untuk negara haruslah memberi teladan yang baik kepada adik-adik kita agar mereka tahu bahawa pentingnya Merdeka ini .Salam Kemerdekaan Malaysia ke-58 .Semoga Malaysia sentiasa maju dan damai hingga kini dan selamanya .
#Merdeka58 #SehatiSejiwaImage result for gambar anak merdeka

Monday, 17 August 2015

Rundingan ke London

Nama kumpulan:
Amira
Zulaitullaili
Fitri
Saida
     

           Berbekalkan perpaduan suara rakyat dan desakan-desakan para pejuang maka pada awal tahun 1956, rombongan merdeka yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra telah berangkat ke London bagi mengadakan rundingan dengan pihak British. Rundingan ini membawa kepada termeterainya perjanjian kemerdekaan Tanah Melayu pada 8 Februari 1956. Kepulangan rombongan ini disambut meriah di Melaka. Padang Banda Hilir, Melaka menjadi saksi pada 20 Februari 1956 apabila Tunku mengisytiharkan Tanah Melayu akan merdeka pada 31 Ogos 1957. Kemerdekaan negara amat unik kerana ia dicapai melalui meja rundingan tanpa melibatkan penumpahan darah.

                  

Sunday, 9 August 2015

PENGENALAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN

Kumpulan 5:
Amira
Zulaitulaili
Saida
Fitri
             
           
               
                       Negara malaysia ini mencapai kemerdekaan setela melalui suatu proses yang panjang.Pengalaman negara dijajah oleh beberapa kuasa asing selama beratus-ratus tahun menjadikan semanagat sebahagian besar rakyat tanah air untuk memiliki negara sendiri yang berdaulat kian menebal.Oleh itu,semangat dan kesedaran ini mula disalurkan melalui pelbagai cabang sehingga berjaya memberi kesedaran secara menyeluruh kepada rakyat.                         



Hari kegemilangan